Labels

Monday, 10 March 2014

Perkahwinan

Bismillahhirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani

Sesungguhnya Allah sw.t telah berfirman di dalm surah an-hujurat ayat 13 yang nasnya berbunyi sebagaimana berikut :

Maksudnya : 'Wahai umat manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain ). '

Berdasarkan firman Allah s.w.t tersebut, jelas dinyatakan bahawa Allah s.w.t telah menciptakan jenis-jenis yang berbeza agar mereka saling berkenal-kenalan. Dengan perkenalan itu, maka bertautlah hati dan terciptalah kasih sayang di antara dua insan yang bernama Adam (lelaki) dan Hawa (perempuan), sebagaimana firman Allah yang telah menciptakan manusia ini berpasang-pasangan di dalam surah Yasin : 36 


سُبْحَٰنَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْأَزْوَٰجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ﴿٣٦﴾

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.”

Setelah manusia itu dijadikan secara berpasangan, dan dihadirkan rasa cinta serta sayang di dalam hati mereka terhadap pasangan mereka, maka perkahwinan itu adalah tali yang mengikat di antara mereka dengan hubungan yang halal. Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman di dalam surah an-nisa ayat 1 :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍۢ وَٰحِدَةٍۢ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًۭا كَثِيرًۭا وَنِسَآءًۭ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًۭا﴿١﴾

“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”

Berdasarkan qalam Allah s.w.t tersebut, perkahwinan adalah merupakan satu akad yang mengikat hubungan di anatara lelaki dan perempuan yang dihalalkan oleh syarak dalam membentuk keluarga disertai dengan ijab dan qabul.

Pernikahan adalah merupakan satu tanda kekuasaan Allah s.w.t dan dapat mengelakkan daripadanya berlaku perkara-perkara fahishah (buruk) serta mempuk semangat kekeluargaan sekaligus membina ikatan dan hubungan di kalangan manusia. Di sampin itu juga, perkahwinan juga dapatmenjaga nasab (keturunan) daripada bercampur aduk dan membawa kepada permasalahan yang besar pada akan datang.

Para ulama berpendapat bahawa perkahwinan ini melalui pelbagai hukum mengikut keadaan, d mana :

1- wajib:  orang yang berkemampuan dan akut dirinya akan cenderung kepada kemaksiatan (zina);
2-harus : berkemampuan dan dapat mengawal dirinya daripada sebarang kemaksiatan ;
3-haram : apabila dia pasti bahawa dirinya akan memberi kemudharatan (kesusahan) terhadap pasangannya seperti mati pucuk, bertindak dan/atau berkelakuan zalim terhadap pasangan atau tidak mempunyi minat (kecenderungan) untuk bernikah.


INTERVIEW

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana kita masih dipanjangkan usia untuk terus berbakti pada agama.

Pada hari Isnin yang lepas 24 Januari 2014 , kami telah menemuduga beberapa orang 'candidate' untuk diterima masuk dalam firm ni as a chambering student. Para panelis yang mengendalikan sesi temuduga ialah Encik Roslizam Bin Rahim dan Puan Suria Wahida Binti Umar.
Setelah berbincang dan terus berbincang, alhamdulillah perbincangan tersebut menemui jawapan. Oleh itu, kami semua telah bersetuju dan sepakat untuk menerima masuk seorang lagi sebagai Pelatih dalam kamar di firma Nailah Ramli & Partners ini.

Dan sekarang ini, dia juga telah belajar pelbagai perkara. Yang seronoknya, dia juga dah buat macam-macam kerja as serve summon, jumpa client and so on..