Bismillahhirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani
Sesungguhnya Allah sw.t telah berfirman di dalm surah an-hujurat ayat 13 yang nasnya berbunyi sebagaimana berikut :
Maksudnya : 'Wahai umat manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain ). '
Maksudnya : 'Wahai umat manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain ). '
Berdasarkan firman Allah s.w.t tersebut, jelas dinyatakan bahawa Allah s.w.t telah menciptakan jenis-jenis yang berbeza agar mereka saling berkenal-kenalan. Dengan perkenalan itu, maka bertautlah hati dan terciptalah kasih sayang di antara dua insan yang bernama Adam (lelaki) dan Hawa (perempuan), sebagaimana firman Allah yang telah menciptakan manusia ini berpasang-pasangan di dalam surah Yasin : 36
سُبْحَٰنَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْأَزْوَٰجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ﴿٣٦﴾
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk
semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri
mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.”
Setelah manusia itu dijadikan secara berpasangan, dan dihadirkan
rasa cinta serta sayang di dalam hati mereka terhadap pasangan mereka, maka
perkahwinan itu adalah tali yang mengikat di antara mereka dengan hubungan yang
halal. Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman di dalam surah an-nisa ayat 1 :
يَٰٓأَيُّهَا
ٱلنَّاسُ ٱتَّقُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍۢ وَٰحِدَةٍۢ
وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًۭا كَثِيرًۭا وَنِسَآءًۭ ۚ
وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ
كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًۭا﴿١﴾
“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang
telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan
isterinya; Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan
perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan)
nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan
silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
Berdasarkan qalam Allah s.w.t tersebut, perkahwinan adalah
merupakan satu akad yang mengikat hubungan di anatara lelaki dan perempuan yang
dihalalkan oleh syarak dalam membentuk keluarga disertai dengan ijab dan qabul.
Pernikahan adalah merupakan satu tanda kekuasaan Allah s.w.t
dan dapat mengelakkan daripadanya berlaku perkara-perkara fahishah (buruk)
serta mempuk semangat kekeluargaan sekaligus membina ikatan dan hubungan di
kalangan manusia. Di sampin itu juga, perkahwinan juga dapatmenjaga nasab
(keturunan) daripada bercampur aduk dan membawa kepada permasalahan yang besar
pada akan datang.
Para ulama berpendapat bahawa perkahwinan ini melalui
pelbagai hukum mengikut keadaan, d mana :
1- wajib: orang yang berkemampuan dan akut dirinya
akan cenderung kepada kemaksiatan (zina);
2-harus : berkemampuan dan dapat mengawal dirinya daripada
sebarang kemaksiatan ;
3-haram : apabila dia pasti bahawa dirinya akan memberi
kemudharatan (kesusahan) terhadap pasangannya seperti mati pucuk, bertindak
dan/atau berkelakuan zalim terhadap pasangan atau tidak mempunyi minat
(kecenderungan) untuk bernikah.
No comments:
Post a Comment