بسم الله الرحمن الرحيم
Di dalam melayari bahtera yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t sebagai satu nikmat kepada hambaNYA, hendaklah dipastikan keabsahan dan/atau kebolehan seorang wanita itu samada halal baginya untuk dijadikan pasangan hidup mahupun tidak. Perkara ini amat penting bagi menjaga keturunan keluarga.
Terdapat dua (2) golongan wanita yang haram dinikahi. Pertama : Haram menikahi seorang perempuan itu selamanya. Kedua : Haram Menikahi seorang perempuan itu secara sementara(bertempoh).
Pertama : Haram menikahi seorang perempuan itu selamanya
Golongan pertama ini terbahagi kepada tiga (3) jenis,di mana :
(i) Pengharaman disebabkan nasab (hubungan kekeluargaan);
(ii) Pengharaman disebabkan oleh Perkahwinan; dan
(iii) Pengharaman disebabkan oleh Ikatan Susuan
1) PENGHARAMAN DISEBABKAN OLEH NASAB (KETURUNAN)
Hubungan kekeluargaan menjadi sebab pengharaman seorang lelaki mengahwini seorang perempuan yang mempunyai ikatan persaudaraannya. Maka haram bagi seorang lelaki itu mengahwini wanita sebagaimana di bawah:
(i) Asal lelaki (Ibu dan keturunan ke atas - Nenek, Moyang dll);
(ii) Cabang lelaki ( Anak dan keturunan ke bawah -Cucu, Cicit dll);
(iii) Cabang kepada salah seorang ibu atau bapa atau kedua-duanya dan keturunan ke bawah (Adik beradik tidak kira seibu atau sebapa atau seibu sebapa, anak-anak kepada adik beradik seibu atau sebapa atau seibu sebapa)
(iv)Lapisan pertama dari cabang datuk atau nenek (Anak kepada datuk atau nenek : Pakcik dan Makcik)
#Berdasarkan susun lapis tersebut, adalah jelas menunjukkan bahawa harus bagi seorang lelaki mengahwin saudaranya yang merupakan anak kepada bapa saudara atau ibu saudaranya.
suun lapis ini telah jelas di terangkan oleh Allah s.w.t di dalam surah an-Nisa' ayat 23 yang berbunyi :
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ
وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالاتُكُمْ وَبَنَاتُ الأخِ وَبَنَاتُ الأخْتِ
Maksudnya : "Diharamkan atas kamu (menikahi) ibu-ibumu, anak-anakmu yang perempuan, saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara ayahmu yang perempuan, saudara-saudara ibumu yang perempuan, anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang
laki-laki, anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan"
2) PENGHARAMAN DISEBABKAN OLEH MUSAHARAH(PERKAHWINAN)
Bagi kategori ini pula, haram bagi seorang lelaki mengahwini seorang perempuan yang merupakan :
(i) Isteri kepada salah seorang asalnya (Bapa, Datuk dan keturunan ke atas);
(ii) Isteri kepada salah seorang isteri Cabang lelaki ( Anak dan keturunan ke bawah -Cucu, Cicit dll);
(iii) Isteri kepad asal isterinya (Mak mentua dan keturunan ke atas); dan
(iv) Isteri kepada cabangnya yang telah disetubuhi ( Menantu dn keturunan ke bawah).
Lapisan ini juga telah diperincikan oleh Allah s.w.t di dalam surah yang sama, iait surah an-Nisa' ayat 22 yang nasnya berbunyi :
وَلا تَنْكِحُوا مَا نَكَحَ
آبَاؤُكُمْ مِنَ النِّسَاءِ إِلا مَا قَدْ سَلَفَ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً
وَمَقْتًا وَسَاءَ سَبِيلا
Maksudnya : "Dan janganlah kamu menikahi perempuan-perempuan yang telah dinikahi oleh
ayahmu, kecuali (kejadian) pada masa yang telah lampau"
Seterusnya ia dijelaskan di dalam firman Allah s.w.t di dalam surah an-Nisa' ayat 23 :
وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ
نِسَائِكُمُ اللاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا دَخَلْتُمْ بِهِنَّ
فَلا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلابِكُمْ
Maksudnya : "Ibu-ibu isterimu (mertua), anak-anak perempuan dari isterimu (anak tiri) yang
dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu
(dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu menikahinya, (dan diharamkan
bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu)"
Ayat 33 surah an-Nisa' tersebut ada meyentuh berkenaan dengan keadaan dan/atau situasi hubungan anak tiri dengan lelaki yang mengahwini ibunya. Dalam bahasa arab, anak yang dimiliki oleh seorang perempuan yang sudah tidak mempunyai suami samaada melalui perceraian ataupun kematian dikenali sebagai Rabibah. Rabibah ini atau lebih dikenali sebagai "Anak tiri" termasuk juga anak kepada anak perempuan tersebut dan keturunannya ke bawah.
Bilakah haramnya anak perempuan isteri (anak tiri)?
Ayat quran tersebut jelas menyatakan bahawa Rabibah (Anak tiri) tidak haram, yakni halal kepada suami ibunya selagimana ibunya tidak disetubuhi. Dalam erti kata lain, anak tiri perempuan itu halal dinikahi oleh suami ibunya sekiranya mereka tidak bersama. Dalam hal ini, sekiranya ibunya berpisah atau meninggal dunia (dalam keadaan tidak disetubuhi), harus bagi suami ibunya itu menikahi anak tirinya.
Walaubagaimanapun, perkara sebaliknya berlaku apabila seorang lelaki mengahwini seorang perempuan. Dalam hal ini, akad pernikahan yang telah dibina itu tidak menghalalkan pernikahan lelaki tersebut dengan ibu isterinya (mentua) sekalipun mereka (lelaki dan perempuan itu) tidak bersama (tidak disetubuhi).
3) PENGHARAMAN DISEBABKAN OLEH IKATAN SUSUAN
Frman Allah s.w.t di dalam surah an-Nisa' ayat 23 yang berbunyi :
وَأُمَّهَاتُكُمُ اللاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ مِنَ الرَّضَاعَةِ
Maksudnya : " Ibu-ibumu yang menyusui kamu, saudara-saudara perempuanmu sesusuan"
Berdasarkan firman Allah s.w.t tersebut, para ilmuan telah bersepakat menyatakan bahawa haram mengahwini ibu susuan dan saudara susuan. Golongan ini juga berpendapat bahawa haram pernikahan disebabkan danya ikatan susuan sebagaimana haramnya pernikahan disebabkan oleh nasab (keturunan). Sebagaimana riwayat Aisyah r.a berkata : Rasulullah s.a.w berkata : : {Di haramkan (pernikahan) daripada susuan sepertimana diharamkan (pernikahan) daripada keturunan}
No comments:
Post a Comment