Gugurnya
Hak Hadhanah
Mazhab
Maliki dan kebanyakan mazhab yang lain berpandangan bahawa hak Hadhanah boleh
gugur dengan empat (4) sebab sebagaimana berikut :
1. Hadhinah
berpindah ke kawasan yang jauh, yang mana melebihi enam (6)ekar. sekiranya wali
mahdhun atau hadhinah bermusafir melebihi dari enam (6) yakni tidak kurang daripadanya, maka gugrlah
hak hadhinah tersebut dan anak itu diberikan kepada walinya melainkan jika wali
tersebut bermusafir bersama-sama.
-
Mazhab Hanafi : Gugur hak
hadhanah sekiranya ibu yang telah diceraikan (janda) bermusafir ke Negara yang
jauh, yang mana bapa kepada anak tersebut tidak mampu untuk menziarahinya (di
pagi hari);
-
Mazhab Syafie : Gugur hak
Hadhanah dengan musafir ke tempat yang tidak selamat/membahayakan atau musafir
dengan niat pindah ke tempat tersebut samaada dalam tempoh yang lama atau
sekejap.
-
Mazhab Hanbali : Gugur hak Hadhanah apabila Hadhinah
bermusafir ke negara lain yang mana jaraknya adalah sama seperti jarak yang
membolehkan qasar atau lebih.
2. Darar pada
anggota badan Hadhin seperti gila dan kusta.
3. Fasiq atau
kurangnya pendidikan agama.
4. Hadhinah
berkahwin lain dan telah bersetubuh dengan suami barunya. Jika ibu kepada anak
tersebut mengahwini mahramnya, maka hak Hadhanah tersebut tidak gugur dan
pandangan ini disepakati ulama’.
Rasulullah
s.a.w bersabda :
انت أحق به ما
لم تنكحي))
((
Maksdnya : “ Kamu lebih berhak
memeliharanya selama mana kamu belum berkahwin
lagi.”
Pemulangan
hak Hadhanah[1]
Sekiranya hak Hadhanah tersebut
gugur kerana adanya halangan sebagaimana yang dinyatakan di atas dan halangan
tersebut telah hilang (hapus) adakah hak hadhanah tersebut akan dikembalikan
kepadanya? Para fuqaha’ mempunyai dua (2) pendapat berhubung dengan masalah
ini, iaitu :
1- Pandangan
Mazhab Maliki (yang mashyur) : Sekiranya
hak hadhanah gugur disebabkan oleh alasan atau keuzuran seperti sakit, kawasan
yang berbahaya (tidak selamat), perpindahan wali dengan mahdhun ke suatu tempat
dan juga safar disebabkan menunaikan ibadah haji, kemudian alasan atau keuzuran
tersebut hilang dengan sembuhnya dari sakit, keadaan kembali aman dan sekembali
dari safar tersebut. Dalam hal seperti ini, hak hadhanah yang gugur tersebut
dikembalikan kepadanya.
Manakala,
sekiranya ibu tersebut berkahwin baru dengan ajnabi (orang yang bukan mahram)
dan telahpun bersetubuh atau bermusafir dengan pilihannya tanpa sebarang
keuzuran dan kemudian dia bercerai samaada secara fasakh atau talaq atau cerai
mati atau dia kembali dari safar dengan pilihan sendiri (ikhtiari), maka dalam
hal keadaan ini hak hadhanah tersebut tidak dikembalikan kepadanya. Hal ini
kerana hak hadhanah tersebut telah gugur dengan pilihannya tanpa sebarang
keuzuran.
2- Majoriti
ulama’ (Hanafi, Syafi’e dan Hanbali) : Sekiranya gugur hak hadhanah tersebut
disebabkan adanya halangan dan kemudian hilangnya halangan tersebut, maka hak
hadhanah tersebut dikembalikan kepada pemiliknya samaada alasan tersebut secara
paksaan ataupun pilihan.
3- Mazhab
Hanafi berpendapat hak hadhanah diberikan kepada isteri yang diceraikan secara
bain walaupun sebelum habis tempoh eddah, manakala bagi talaq raji’e pula
hendaklah selepas habis tempoh eddah isteri tersebut. Mazhab Syafi’e pula
menyatakan bahawa isteri yang diceraikan berhak mendapat hadhanah sebelum habis
tempoh eddahnya dengan syarat suami redha mahdhun dijaga di dalam rumahnya dan
sebaliknya. Hanabilah pula berpendapat bahawa isteri yang diceraikan berhak
mendapat hak hadhanah sungguhpun perceraian berlaku secara talaq raji’e.
[1]
Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili, 2010M,Mausu’ah Fiqh al-Islami wa al-Qadaya
al-Mu’asarah, Dar al-Fikr,Jilid 4, hlm. 690-691