Labels

Sunday, 25 October 2015

Syarat Hadhanah, Mahdhun dan Hadhinah

Syarat Hadhanah, Mahdhun dan Hadhinah

i.            Syarat Mahdhun
Mahdhun adalah orang yang tidak mampu untuk menguruskan dirinya daripada sebarang perkara yang boleh menyakitinya oleh kerana belum capai usia mumayyiz seperti kanak-kanak kecil dan orang gila yang dewasa atau orang dungu (bodoh).

ii.            Syarat Hadhanah
Syarat Hadhanah terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama: Syarat Am Hadhinah, Kedua: Syarat Khas Hadhinah (Perempuan), Ketiga: Syarat Khas Hadhinah (Lelaki).
(a)  Syarat Am Hadhinah
1-           Baligh
2-           Berakal
3-           Mampu mendidik mahdhun
4-           Seorang yang beramanah
5-           Islam

(b)Syarat Khas Hadhinah (Perempuan)
1-           Tidak berkahwin dengan lelaki ajnabi (asing) atau bukan mahram kepada anak;
2-           Tidak terhalang daripada menjaga anak secara percuma (dalam keadaan bapa tidak mampu untuk membayar upah hak jagaan). Sekiranya bapa merupakan orang yang susah (dari segi kewangan) dan adanya ahli keluarga yang lain untuk menjaga/mengasuh anak tersebut dengan percuma (tanpa bayaran), maka gugur hak hadhanahnya. [Syarat pada pandangan Hanafi];
3-           Tidak tinggal di rumah orang yang tidak menyukai atau membencinya.

(c) Syarat Khas Hadhinah (Lelaki)
1-           Hendaklah merupakan mahram kepada anak tersebut;
2-           Hendaklah ada di sisi Hadhin (daripada bapa atau selain daripadanya) orang yang mampu mengasuh anak tersebut (daripada kalangan wanita) seperti isteri atau ibu atau ibu saudara.




[1] Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili, 2010M,Mausu’ah Fiqh al-Islami wa al-Qadaya al-Mu’asarah, Dar al-Fikr,Jilid 4, hlm. 684

No comments:

Post a Comment