Labels

Sunday, 25 October 2015

Gugur Hak Hadhanah dan Pemulangan Hak

Gugurnya Hak Hadhanah

Mazhab Maliki dan kebanyakan mazhab yang lain berpandangan bahawa hak Hadhanah boleh gugur dengan empat (4) sebab sebagaimana berikut :

1.      Hadhinah berpindah ke kawasan yang jauh, yang mana melebihi enam (6)ekar. sekiranya wali mahdhun atau hadhinah bermusafir melebihi dari enam (6)  yakni tidak kurang daripadanya, maka gugrlah hak hadhinah tersebut dan anak itu diberikan kepada walinya melainkan jika wali tersebut bermusafir bersama-sama.
-          Mazhab Hanafi : Gugur hak hadhanah sekiranya ibu yang telah diceraikan (janda) bermusafir ke Negara yang jauh, yang mana bapa kepada anak tersebut tidak mampu untuk menziarahinya (di pagi hari);
-          Mazhab Syafie : Gugur hak Hadhanah dengan musafir ke tempat yang tidak selamat/membahayakan atau musafir dengan niat pindah ke tempat tersebut samaada dalam tempoh yang lama atau sekejap.
-          Mazhab Hanbali :  Gugur hak Hadhanah apabila Hadhinah bermusafir ke negara lain yang mana jaraknya adalah sama seperti jarak yang membolehkan qasar atau lebih.
2.      Darar pada anggota badan Hadhin seperti gila dan kusta.
3.      Fasiq atau kurangnya pendidikan agama.
4.      Hadhinah berkahwin lain dan telah bersetubuh dengan suami barunya. Jika ibu kepada anak tersebut mengahwini mahramnya, maka hak Hadhanah tersebut tidak gugur dan pandangan ini disepakati ulama’.
Rasulullah s.a.w bersabda :
انت أحق به ما لم تنكحي)) ((
            Maksdnya : “ Kamu lebih berhak memeliharanya selama mana kamu belum   berkahwin lagi.”

Pemulangan hak Hadhanah[1]

            Sekiranya hak Hadhanah tersebut gugur kerana adanya halangan sebagaimana yang dinyatakan di atas dan halangan tersebut telah hilang (hapus) adakah hak hadhanah tersebut akan dikembalikan kepadanya? Para fuqaha’ mempunyai dua (2) pendapat berhubung dengan masalah ini, iaitu :

1-     Pandangan Mazhab Maliki (yang mashyur) :  Sekiranya hak hadhanah gugur disebabkan oleh alasan atau keuzuran seperti sakit, kawasan yang berbahaya (tidak selamat), perpindahan wali dengan mahdhun ke suatu tempat dan juga safar disebabkan menunaikan ibadah haji, kemudian alasan atau keuzuran tersebut hilang dengan sembuhnya dari sakit, keadaan kembali aman dan sekembali dari safar tersebut. Dalam hal seperti ini, hak hadhanah yang gugur tersebut dikembalikan kepadanya.
Manakala, sekiranya ibu tersebut berkahwin baru dengan ajnabi (orang yang bukan mahram) dan telahpun bersetubuh atau bermusafir dengan pilihannya tanpa sebarang keuzuran dan kemudian dia bercerai samaada secara fasakh atau talaq atau cerai mati atau dia kembali dari safar dengan pilihan sendiri (ikhtiari), maka dalam hal keadaan ini hak hadhanah tersebut tidak dikembalikan kepadanya. Hal ini kerana hak hadhanah tersebut telah gugur dengan pilihannya tanpa sebarang keuzuran.

2-     Majoriti ulama’ (Hanafi, Syafi’e dan Hanbali) : Sekiranya gugur hak hadhanah tersebut disebabkan adanya halangan dan kemudian hilangnya halangan tersebut, maka hak hadhanah tersebut dikembalikan kepada pemiliknya samaada alasan tersebut secara paksaan ataupun pilihan.

3-     Mazhab Hanafi berpendapat hak hadhanah diberikan kepada isteri yang diceraikan secara bain walaupun sebelum habis tempoh eddah, manakala bagi talaq raji’e pula hendaklah selepas habis tempoh eddah isteri tersebut. Mazhab Syafi’e pula menyatakan bahawa isteri yang diceraikan berhak mendapat hadhanah sebelum habis tempoh eddahnya dengan syarat suami redha mahdhun dijaga di dalam rumahnya dan sebaliknya. Hanabilah pula berpendapat bahawa isteri yang diceraikan berhak mendapat hak hadhanah sungguhpun perceraian berlaku secara talaq raji’e.






[1] Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili, 2010M,Mausu’ah Fiqh al-Islami wa al-Qadaya al-Mu’asarah, Dar al-Fikr,Jilid 4, hlm. 690-691

Syarat Hadhanah, Mahdhun dan Hadhinah

Syarat Hadhanah, Mahdhun dan Hadhinah

i.            Syarat Mahdhun
Mahdhun adalah orang yang tidak mampu untuk menguruskan dirinya daripada sebarang perkara yang boleh menyakitinya oleh kerana belum capai usia mumayyiz seperti kanak-kanak kecil dan orang gila yang dewasa atau orang dungu (bodoh).

ii.            Syarat Hadhanah
Syarat Hadhanah terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama: Syarat Am Hadhinah, Kedua: Syarat Khas Hadhinah (Perempuan), Ketiga: Syarat Khas Hadhinah (Lelaki).
(a)  Syarat Am Hadhinah
1-           Baligh
2-           Berakal
3-           Mampu mendidik mahdhun
4-           Seorang yang beramanah
5-           Islam

(b)Syarat Khas Hadhinah (Perempuan)
1-           Tidak berkahwin dengan lelaki ajnabi (asing) atau bukan mahram kepada anak;
2-           Tidak terhalang daripada menjaga anak secara percuma (dalam keadaan bapa tidak mampu untuk membayar upah hak jagaan). Sekiranya bapa merupakan orang yang susah (dari segi kewangan) dan adanya ahli keluarga yang lain untuk menjaga/mengasuh anak tersebut dengan percuma (tanpa bayaran), maka gugur hak hadhanahnya. [Syarat pada pandangan Hanafi];
3-           Tidak tinggal di rumah orang yang tidak menyukai atau membencinya.

(c) Syarat Khas Hadhinah (Lelaki)
1-           Hendaklah merupakan mahram kepada anak tersebut;
2-           Hendaklah ada di sisi Hadhin (daripada bapa atau selain daripadanya) orang yang mampu mengasuh anak tersebut (daripada kalangan wanita) seperti isteri atau ibu atau ibu saudara.




[1] Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili, 2010M,Mausu’ah Fiqh al-Islami wa al-Qadaya al-Mu’asarah, Dar al-Fikr,Jilid 4, hlm. 684