Labels

Sunday, 25 October 2015

Gugur Hak Hadhanah dan Pemulangan Hak

Gugurnya Hak Hadhanah

Mazhab Maliki dan kebanyakan mazhab yang lain berpandangan bahawa hak Hadhanah boleh gugur dengan empat (4) sebab sebagaimana berikut :

1.      Hadhinah berpindah ke kawasan yang jauh, yang mana melebihi enam (6)ekar. sekiranya wali mahdhun atau hadhinah bermusafir melebihi dari enam (6)  yakni tidak kurang daripadanya, maka gugrlah hak hadhinah tersebut dan anak itu diberikan kepada walinya melainkan jika wali tersebut bermusafir bersama-sama.
-          Mazhab Hanafi : Gugur hak hadhanah sekiranya ibu yang telah diceraikan (janda) bermusafir ke Negara yang jauh, yang mana bapa kepada anak tersebut tidak mampu untuk menziarahinya (di pagi hari);
-          Mazhab Syafie : Gugur hak Hadhanah dengan musafir ke tempat yang tidak selamat/membahayakan atau musafir dengan niat pindah ke tempat tersebut samaada dalam tempoh yang lama atau sekejap.
-          Mazhab Hanbali :  Gugur hak Hadhanah apabila Hadhinah bermusafir ke negara lain yang mana jaraknya adalah sama seperti jarak yang membolehkan qasar atau lebih.
2.      Darar pada anggota badan Hadhin seperti gila dan kusta.
3.      Fasiq atau kurangnya pendidikan agama.
4.      Hadhinah berkahwin lain dan telah bersetubuh dengan suami barunya. Jika ibu kepada anak tersebut mengahwini mahramnya, maka hak Hadhanah tersebut tidak gugur dan pandangan ini disepakati ulama’.
Rasulullah s.a.w bersabda :
انت أحق به ما لم تنكحي)) ((
            Maksdnya : “ Kamu lebih berhak memeliharanya selama mana kamu belum   berkahwin lagi.”

Pemulangan hak Hadhanah[1]

            Sekiranya hak Hadhanah tersebut gugur kerana adanya halangan sebagaimana yang dinyatakan di atas dan halangan tersebut telah hilang (hapus) adakah hak hadhanah tersebut akan dikembalikan kepadanya? Para fuqaha’ mempunyai dua (2) pendapat berhubung dengan masalah ini, iaitu :

1-     Pandangan Mazhab Maliki (yang mashyur) :  Sekiranya hak hadhanah gugur disebabkan oleh alasan atau keuzuran seperti sakit, kawasan yang berbahaya (tidak selamat), perpindahan wali dengan mahdhun ke suatu tempat dan juga safar disebabkan menunaikan ibadah haji, kemudian alasan atau keuzuran tersebut hilang dengan sembuhnya dari sakit, keadaan kembali aman dan sekembali dari safar tersebut. Dalam hal seperti ini, hak hadhanah yang gugur tersebut dikembalikan kepadanya.
Manakala, sekiranya ibu tersebut berkahwin baru dengan ajnabi (orang yang bukan mahram) dan telahpun bersetubuh atau bermusafir dengan pilihannya tanpa sebarang keuzuran dan kemudian dia bercerai samaada secara fasakh atau talaq atau cerai mati atau dia kembali dari safar dengan pilihan sendiri (ikhtiari), maka dalam hal keadaan ini hak hadhanah tersebut tidak dikembalikan kepadanya. Hal ini kerana hak hadhanah tersebut telah gugur dengan pilihannya tanpa sebarang keuzuran.

2-     Majoriti ulama’ (Hanafi, Syafi’e dan Hanbali) : Sekiranya gugur hak hadhanah tersebut disebabkan adanya halangan dan kemudian hilangnya halangan tersebut, maka hak hadhanah tersebut dikembalikan kepada pemiliknya samaada alasan tersebut secara paksaan ataupun pilihan.

3-     Mazhab Hanafi berpendapat hak hadhanah diberikan kepada isteri yang diceraikan secara bain walaupun sebelum habis tempoh eddah, manakala bagi talaq raji’e pula hendaklah selepas habis tempoh eddah isteri tersebut. Mazhab Syafi’e pula menyatakan bahawa isteri yang diceraikan berhak mendapat hadhanah sebelum habis tempoh eddahnya dengan syarat suami redha mahdhun dijaga di dalam rumahnya dan sebaliknya. Hanabilah pula berpendapat bahawa isteri yang diceraikan berhak mendapat hak hadhanah sungguhpun perceraian berlaku secara talaq raji’e.






[1] Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili, 2010M,Mausu’ah Fiqh al-Islami wa al-Qadaya al-Mu’asarah, Dar al-Fikr,Jilid 4, hlm. 690-691

Syarat Hadhanah, Mahdhun dan Hadhinah

Syarat Hadhanah, Mahdhun dan Hadhinah

i.            Syarat Mahdhun
Mahdhun adalah orang yang tidak mampu untuk menguruskan dirinya daripada sebarang perkara yang boleh menyakitinya oleh kerana belum capai usia mumayyiz seperti kanak-kanak kecil dan orang gila yang dewasa atau orang dungu (bodoh).

ii.            Syarat Hadhanah
Syarat Hadhanah terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama: Syarat Am Hadhinah, Kedua: Syarat Khas Hadhinah (Perempuan), Ketiga: Syarat Khas Hadhinah (Lelaki).
(a)  Syarat Am Hadhinah
1-           Baligh
2-           Berakal
3-           Mampu mendidik mahdhun
4-           Seorang yang beramanah
5-           Islam

(b)Syarat Khas Hadhinah (Perempuan)
1-           Tidak berkahwin dengan lelaki ajnabi (asing) atau bukan mahram kepada anak;
2-           Tidak terhalang daripada menjaga anak secara percuma (dalam keadaan bapa tidak mampu untuk membayar upah hak jagaan). Sekiranya bapa merupakan orang yang susah (dari segi kewangan) dan adanya ahli keluarga yang lain untuk menjaga/mengasuh anak tersebut dengan percuma (tanpa bayaran), maka gugur hak hadhanahnya. [Syarat pada pandangan Hanafi];
3-           Tidak tinggal di rumah orang yang tidak menyukai atau membencinya.

(c) Syarat Khas Hadhinah (Lelaki)
1-           Hendaklah merupakan mahram kepada anak tersebut;
2-           Hendaklah ada di sisi Hadhin (daripada bapa atau selain daripadanya) orang yang mampu mengasuh anak tersebut (daripada kalangan wanita) seperti isteri atau ibu atau ibu saudara.




[1] Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili, 2010M,Mausu’ah Fiqh al-Islami wa al-Qadaya al-Mu’asarah, Dar al-Fikr,Jilid 4, hlm. 684

Monday, 15 September 2014

HADHANAH 1


Pengertian Hadhanah

            Mengasuh anak atau dikenali sebagai hadhanah berasal dari perkataan hidhan yang membawa erti lambung[1]. Para ahli fiqh mendefinisikan perkataan “Hadhanah” sebagai melakukan pemeliharaan anak-anak yang masih kecil lelaki ataupun perempuan atau yang sudah besar tetappi belum mumayyiz, tanpa perintah daripadanya, menyediakan sesuatu yang menjadikan kebaikannya, menjaganya dari sesuatu yang menyakiti dan merosakkanya, mendidik jasmani, rohani dan akalnya agar mampu berdiri sendiri menghadapi hidup dan memikul tanggungjawabnya.[2]

            Selain itu, terdapat sebahagian ulama’ fiqh yang menggunapakai perkataan “Hidhanah” yang merupakan masdar (bentuk kata benda) dari pola kata bahasa Arab. Hidhanah bererti sebagai seorang anak berada dalam asuhannya atau membesarkan sesuatu (dalam hal ini) sehingga ia dikatakan mengasuhnya.[3] Manakala dari sudut syari’e pula, ia membawa maksud menjada orang yang belum mampu mengurus diri sendiri serta mendidik dan memeliharanya dari hal-hal yang dapat mencelakakan atau membahayakan dirinya.[4]

            Berdasarkan kedua-dua tafsiran tersebut, adalah jelas menggambarkan bahawa Hadhanah adalah satu tugas dan/atau tanggungjawab dalam memelihara orang yang dalam jagaannya dari sebarang kecelakaan dan/atau perkara yang boleh merosakkannya sekaligus memelihara keselamatan mahdhun (orang yang dalam jagaan) tersebut.

Hukum Hadhanah

            Para ulama’ bersepakat menyatakan bahawa hukum hadahnah (mengasuh anak) adalah wajib.  Meninggalkan dan/atau mengabaikan anak tersebut akan mendorong kepada kecelakaan dan/atau kerosakan kerana anak tersebut tidak mampu menjaga dirinya sendiri tanpa pertolongan dan pemerhatian orang lain. Oleh itu, wajib bagi Hadhinah menjaga anak tersebut dari sebarang kecelakaan sebagaimana wajibnya memberi nafkah kepada anak.

Hadhanah adalah kewajipan bersama

            Hadhanah adalah suatu hak yang diberikan kepada anak yang masih kecil utuk diselenggara segala keperluannya. Para ulama’ telah berselisih pendapat berhubung dengan pemilik hak hadhanah ini, yang mana sebahagian dari mereka mengatakan bahawa hak ini adalah merupakan hak Hadhin (Penjaga) dan ini merupakan pendapat mazhab Hanafi dan sebahagian Mazhab Maliki yang masyhur.

            Manakala sebahagian ulama’ lain pula mengatakan bahawa ia merupakan hak mahdhun (orang yang dijaga). Walaubagaimanapun, ulama’ Muhaqqiqin berpandangan bahawa hadhanah berkait rapat dengan tiga hak yang datang bersama, iaitu hak Hadhinah (Penjaga), hak Mahdhun (Orang yang dijaga) dan hak ayah atau orang yang mengambil tempatnya. Ulama’ Muhaqqiqin juga berpandangan sekiranya wujud bertembungan dan/atau percanggahan, maka hendaklah didahulukan hak Mahdhun dari hak-hak yang lain. Berdasarkan pandangan ulama’ Muhaqqiqin tersebut, dapatlah dibahagikan hukum tersebut sebagaimana berikut[5]:


i.            Hak penjaga (hadinah), hak anak yang di jaga (mahdun) dan hak bapa atau orang yang menggantikan/setaraf dengannya. Sekiranya tidak percanggahan dan ada pertujuan mengenainya, maka perlulah dilaknasanakan persetujuan tersebut. Manakala  jika pemilik-pemilik hak tersebut bercanggah/tidak sependapat mengenainya, maka perlulah di dahulukan hak anak tersebut (mahdun) daripada hak-hak yang lain dan ia terbahagi sebagaiamana berikut :


1-    Diwajibkan ke atas Hadinah sekiranya dicalonkan dan/atau ditentukan yang lain dan/atau tidak terdapat perseorangan yang lain.

2-     Tidak diwajibkan Hadhinah ke atas Mahdun sekiranya ia tidak di tentukan kerana hak jagaan itu miliknya dan tidak ada darar ke atas anak yang kecil dengan penjagaan dan / atau kewujudan selain daripada dirinya (dari kaum kerabatnya).

3-     Sekiranya seorang suami itu mensyaratkan dalam khulu’nya bahawa dia hanya akan menceraikan isterinya sekiranya isteri tersebut membiarkan/ meninggalkan anak tersebut di bawah jagaannya, maka khulu’ tersebut tersebut adalah sah di sisi Hanafi dan syarat tersebut batal  kerana itu adalah hak anak tersebut untuk bersama ibunya selagimana dia memerlukannya.


4-     Tidak sah bagi seorang bapa untuk mengambil anak tersebut daripada jagaan penjaganya dan memberikannya kepada orang lain kecuali dengan sebab-sebab syarie.


5-     Sekiranya penyusu (orang yang menyusukan anak kecil) itu bukanlah daripada ibunya sendiri, maka perlulah penyusu itu untuk menjaga anak tersebut selagimana tidak menganggu/melampaui haknya dalam hadhanah.


Hak hadhanah tidak terbatas bagi orang tertentu sahaja, bahkan hak tersebut juga boleh diberikan kepada orang lain selain ibu.  Namun begitu, pada kebiasannya hak hadhanah ini diberikan kepada ibu sebagimana sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

انت أحق به

Maksudnya : “Kamu lebih berhak memeliharanya.”[6]

Berdasarkan hadith tersebut, ibu secara jelas diberikan hak untuk menjaga anak tersebut.  Hal ini kerana ibu mempunyai tahap kesabaran yang lebih tinggi dalam melaksanakan tugas ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar yang bermaksud[7] :
Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah saw dan bertanya: “Ya Rasulullah, bahawa anankku ini, perutkulah kandungannya, susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku”. Selepas mendengar aduan itu Rasulullah saw bersabda,“Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain”.

Hadith riwayat Ahmad, Abu Dawud, Baihaqi dan Hakim.

            Namun begitu, Sayyid Sabiq dalam kitabnya Fikih Sunnah halaman 161menyatakan jika ternyata bahawa anak yang masih kecil mempunyai hak hadhanah, maka ibunya diharuskan melakukannya. Hal ini jika anak-anak tersebut memerlukannya dan tidak ada orang lain yang mampu melakukannya.

            Sayyid Sabiq menyambung pengataannya dengan menyatakan bahawa jika ternyata hadhanahnya dapat ditangani (dilakukan) orang lain, umpama neneknya dan ia rela melakukannya sedangkan ibunya tidak mahu, maka hak ibu untuk mengasuh anak tersebut adalah gugur.

            Selanjutnya, Persatuan Pengadilan Jirja memutuskan bahawa: “Setiap Hadhinah dan Mahdhun mempunyai hak hadanah. Tetapi hak mahdhun lebih besar daripada hadhinah dan sekalipun hak hadhinah dilepaskan, namun hak hadhanah anak yang masih kecil tidak akan gugur.” [8]

            Pandangan Syed Sabiq dalam kitabnya Fiqh as-Sunnah Juz 8 halaman 219:

“Sesungguhnya setiap penjaga dan anak jagaan masing-masing mempunyai hak. Akan tetapi hak anak atau kemaslahatan anak lebih penting daripada hak penjaganya.”


            Seterusnya, Ibn Qayyim juga melontarkan pandangan yang hampir sama berkenaan hak penjagaan anak dengan menyatakan bahawa: “Orang yang lebih kami dahulukan dengan cara dipilih oleh anak atau dengan undian atau dengan kemahuannya sendiri, maka yang kami terima adalah orang yang dapat menyelenggarakan kemaslahatan si anak.”


Ulama’ Hanafi, Syafi’e, Hanbali dan Maliki menyatakan bahawa ibu ataupun orang lain tidak dipaksa ke atasnya untuk menjadi Hadhinah sekiranya mereka ini dilarang melainkan jika dia telah dilantik atau ditetapkan untuk menjadi Hadhinah bagi anak tersebut.[9]


Susunan Hadhinah

Para ulama’ berbeza pendapat dalam menentukan susunan Hadhinah yang terdiri daripada golongan wanita sebagaimana berikut [10]:


1.      Mazhab Hanafi : Ibu, Nenek sebelah ibu, Nenek sebelah bapa, Saudara Perempuan (Adik Beradik Perempuan), Ibu Saudara Kandung sebelah Ibu, Anak Perempuan Saudara Perempuan Kandung, Anak Perempuan Saudara Lelaki Kandung, Ibu Saudara Kandung sebelah Bapa dan saudara yang lain (penerima asabah) mengikut susunan pewarisan harta pusaka (Faraid);


2.      Mazhab Maliki : Ibu, Nenek kepada Ibu, Ibu Saudara Kandung sebelah Ibu, Nenek kepada Bapa dan keturunan yang ke atas, Saudara Perempuan (Adik Beradik Perempuan), Ibu Saudara Kandung sebelah Bapa, Anak Perempuan Saudara Lelaki Kandung, Wasi (Orang yang di amanahkan wasiat ke atasnya);


3.      Mazhab Syafie : Ibu, Nenek sebelah ibu, Nenek sebelah bapa, Saudara Perempuan (Adik Beradik Perempuan), Ibu Saudara Kandung sebelah Ibu, Anak Perempuan Saudara Lelaki Kandung, Anak Perempuan Saudara Perempuan Kandung, Ibu Saudara Kandung sebelah Bapa dan waris zawil arham (mereka yang tidak mewarisi harta pusaka secara fardhu dan asabah atau bukan dari golongan ahli fardhu dan asabah) dari golongan penerima asabah berdasarkan tertib/susunan pewarisan harta pusaka (sebagaimana Mazhab Hanafi);


4.      Mazhab Hanbali : Ibu, Nenek sebelah Ibu, Nenek sebelah Bapa, Datuk dan Ibu kepada Datuk, Saudara Perempuan Kandung , Saudara Perempuan Seibu, Saudara Perempuan Sebapa, Ibu Saudara Kandung sebelah ibu, Ibu Saudara Seibu sebelah ibu, Ibu Saudara Sebapa sebelah Ibu, Ibu Saudara Sebelah Bapa,

            Sekiranya tiada Hadhinah yang terdiri daripada golongan wanita sebagaimana yang diperjelaskan di atas, maka hak Hadhanah tersebut akan beralih kepada golongan lelaki (penerima asabah yang mahram) berdasarkan susunan berikut : Bapa, Datuk dan keturunan ke atas, Saudara Kandung Bapa, Anak Saudara bagi Saudara Kandung Bapa dan keturunan ke bawah, Ibu Saudara Bapa dan anaknya. Pandangan ini adalah pandangan Mazhab Hanafi dan yang lain.


            Hak Hadhanah tersebut tidak akan diberikan kepada golongan asabah yang bukan mahram seperti anak lelaki bagi bapa saudara sebelah bapa. Hal ini adalah bertujuan bagi mengelakkan sebarang fitnah yang akan berlaku kepada mereka. Sekiranya tidak terdapat asabah dari kalangan lelaki, maka hak hadhanah ini akan berpindah kepada golongan zawil arham berdasarkan padangan Mazhab Hanafi. Mereka berpendapat bahawa golongan zawil arham ini mempunyai wilayah (kuasa) untuk menikahkan anak kecil tersebut, maka dengan itu mereka juga layak mendapatkan hak Hadhanah tersebut.



[1] Sayyid Sabiq, 1990M, Fikih Sunnah, Tajzia Press Sdn. Bhd, cetakan kedua,Jilid 8, hlm.160
[2] Ibid hlm. 160
[3] Syikh Husain bin ‘Audah al-‘awaisyah,2009M,Ensiklopedia Fikih Praktis menurut Al-Quran dan As-Sunnah,Pustaka Imam Asy-Syafi’I, cetakan pertama, jilid 3, hlm.427
[4] Ibid hlm.427
[5] Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili, 2010M,Mausu’ah Fiqh al-Islami wa al-Qadaya al-Mu’asarah, Dar al-Fikr,Jilid 4, hlm. 680
[6] Shahih Sunan Abu Dawud [No. 1991].
[7] Sayyid Sabiq, 1990M, Fikih Sunnah, Tajzia Press Sdn. Bhd, cetakan kedua,Jilid 8, hlm.162
[8] Sayyid Sabiq, 1990M, Fikih Sunnah, Tajzia Press Sdn. Bhd, cetakan kedua,Jilid 8 hlm.161
[9] . Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili, 2010M,Mausu’ah Fiqh al-Islami wa al-Qadaya al-Mu’asarah, Dar al-Fikr,Jilid 4 hlmn 693
[10] ibid 4, hlm. 683

Tuesday, 12 August 2014

PENGHARAMAN NIKAH : SELAMANYA ?

بسم الله الرحمن الرحيم
 
 
    Di dalam melayari bahtera yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t sebagai satu nikmat kepada hambaNYA, hendaklah dipastikan keabsahan dan/atau kebolehan seorang wanita itu samada halal baginya untuk dijadikan pasangan hidup mahupun tidak. Perkara ini amat penting bagi menjaga keturunan keluarga.
 
   Terdapat dua (2) golongan wanita yang haram dinikahi. Pertama : Haram menikahi seorang perempuan itu selamanya. Kedua : Haram Menikahi seorang perempuan itu secara sementara(bertempoh).
 
 
Pertama : Haram menikahi seorang perempuan itu selamanya
 
Golongan pertama ini terbahagi kepada tiga (3) jenis,di mana :
(i) Pengharaman disebabkan nasab (hubungan kekeluargaan);
(ii) Pengharaman disebabkan oleh Perkahwinan; dan
(iii) Pengharaman disebabkan oleh Ikatan Susuan
 
 
1) PENGHARAMAN DISEBABKAN OLEH NASAB (KETURUNAN)
 


Hubungan kekeluargaan menjadi sebab pengharaman seorang lelaki mengahwini seorang perempuan yang mempunyai ikatan persaudaraannya. Maka haram bagi seorang lelaki itu mengahwini wanita sebagaimana di bawah:
 
(i) Asal lelaki (Ibu dan keturunan ke atas - Nenek, Moyang dll);
(ii) Cabang lelaki ( Anak dan keturunan ke bawah -Cucu, Cicit dll);
(iii) Cabang kepada salah seorang ibu atau bapa atau kedua-duanya dan keturunan ke bawah (Adik beradik tidak kira seibu atau sebapa atau seibu sebapa, anak-anak kepada adik beradik seibu atau sebapa atau seibu sebapa)
(iv)Lapisan pertama dari cabang datuk atau nenek (Anak kepada datuk  atau nenek : Pakcik dan Makcik)
 
#Berdasarkan susun lapis tersebut, adalah jelas menunjukkan bahawa harus bagi seorang lelaki mengahwin saudaranya yang merupakan anak kepada bapa saudara atau ibu saudaranya.
 
suun lapis ini telah jelas di terangkan oleh Allah s.w.t di dalam surah an-Nisa'  ayat 23 yang berbunyi :
 حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالاتُكُمْ وَبَنَاتُ الأخِ وَبَنَاتُ الأخْتِ
 
Maksudnya : "Diharamkan atas kamu (menikahi) ibu-ibumu, anak-anakmu yang perempuan, saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara ayahmu yang perempuan, saudara-saudara ibumu yang perempuan, anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki, anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan"
 
 
2) PENGHARAMAN DISEBABKAN OLEH MUSAHARAH(PERKAHWINAN)
 
 
Bagi kategori ini pula, haram bagi seorang lelaki mengahwini seorang perempuan yang merupakan :
(i) Isteri kepada salah seorang asalnya (Bapa, Datuk dan keturunan ke atas);

(ii) Isteri kepada salah seorang isteri Cabang lelaki ( Anak dan keturunan ke bawah -Cucu, Cicit dll);
(iii) Isteri kepad asal isterinya (Mak mentua dan keturunan ke atas); dan
(iv) Isteri kepada cabangnya yang telah disetubuhi ( Menantu dn keturunan ke bawah).
 
Lapisan ini juga telah diperincikan oleh Allah s.w.t di dalam surah yang sama, iait surah an-Nisa' ayat 22 yang nasnya berbunyi :
 
وَلا تَنْكِحُوا مَا نَكَحَ آبَاؤُكُمْ مِنَ النِّسَاءِ إِلا مَا قَدْ سَلَفَ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَمَقْتًا وَسَاءَ سَبِيلا
 
Maksudnya : "Dan janganlah kamu menikahi perempuan-perempuan yang telah dinikahi oleh ayahmu, kecuali (kejadian) pada masa yang telah lampau"
 
 
Seterusnya ia dijelaskan di dalam firman Allah s.w.t di dalam surah an-Nisa' ayat 23 :
 
 وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ اللاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَلا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلابِكُمْ
 
Maksudnya : "Ibu-ibu isterimu (mertua), anak-anak perempuan dari isterimu (anak tiri) yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu menikahinya, (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu)"
 
Ayat 33 surah an-Nisa' tersebut ada meyentuh berkenaan dengan keadaan dan/atau situasi hubungan anak tiri dengan lelaki yang mengahwini ibunya. Dalam bahasa arab, anak yang dimiliki oleh seorang perempuan yang sudah tidak mempunyai suami samaada melalui perceraian ataupun kematian dikenali sebagai Rabibah. Rabibah ini atau lebih dikenali sebagai "Anak tiri"  termasuk juga anak kepada anak perempuan tersebut dan keturunannya ke bawah.
 
Bilakah haramnya anak perempuan isteri (anak tiri)?

 
Ayat quran tersebut jelas menyatakan bahawa Rabibah (Anak tiri) tidak haram, yakni halal kepada suami ibunya selagimana ibunya tidak disetubuhi. Dalam erti kata lain, anak tiri perempuan itu halal dinikahi oleh suami ibunya sekiranya mereka tidak bersama. Dalam hal ini, sekiranya ibunya berpisah atau meninggal dunia (dalam keadaan tidak disetubuhi), harus bagi suami ibunya itu menikahi anak tirinya.
 
Walaubagaimanapun, perkara sebaliknya berlaku apabila seorang lelaki mengahwini seorang perempuan. Dalam hal ini, akad pernikahan yang telah dibina itu tidak menghalalkan pernikahan lelaki tersebut dengan ibu isterinya (mentua) sekalipun mereka (lelaki dan perempuan itu) tidak bersama (tidak disetubuhi).
 
 
3) PENGHARAMAN DISEBABKAN OLEH IKATAN SUSUAN
 
 
Frman Allah s.w.t di dalam surah an-Nisa' ayat 23 yang berbunyi :
 

وَأُمَّهَاتُكُمُ اللاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ مِنَ الرَّضَاعَةِ
 
Maksudnya : " Ibu-ibumu yang menyusui kamu, saudara-saudara perempuanmu sesusuan"
 
Berdasarkan firman Allah s.w.t tersebut, para ilmuan telah bersepakat menyatakan bahawa haram mengahwini ibu susuan dan saudara susuan. Golongan ini juga berpendapat bahawa haram pernikahan disebabkan danya ikatan susuan sebagaimana haramnya pernikahan disebabkan oleh nasab (keturunan). Sebagaimana riwayat Aisyah r.a berkata : Rasulullah s.a.w berkata : : {Di haramkan (pernikahan) daripada susuan sepertimana diharamkan (pernikahan) daripada keturunan}
 

 
 
 
 
 


Monday, 10 March 2014

Perkahwinan

Bismillahhirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani

Sesungguhnya Allah sw.t telah berfirman di dalm surah an-hujurat ayat 13 yang nasnya berbunyi sebagaimana berikut :

Maksudnya : 'Wahai umat manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain ). '

Berdasarkan firman Allah s.w.t tersebut, jelas dinyatakan bahawa Allah s.w.t telah menciptakan jenis-jenis yang berbeza agar mereka saling berkenal-kenalan. Dengan perkenalan itu, maka bertautlah hati dan terciptalah kasih sayang di antara dua insan yang bernama Adam (lelaki) dan Hawa (perempuan), sebagaimana firman Allah yang telah menciptakan manusia ini berpasang-pasangan di dalam surah Yasin : 36 


سُبْحَٰنَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْأَزْوَٰجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ﴿٣٦﴾

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.”

Setelah manusia itu dijadikan secara berpasangan, dan dihadirkan rasa cinta serta sayang di dalam hati mereka terhadap pasangan mereka, maka perkahwinan itu adalah tali yang mengikat di antara mereka dengan hubungan yang halal. Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman di dalam surah an-nisa ayat 1 :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍۢ وَٰحِدَةٍۢ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًۭا كَثِيرًۭا وَنِسَآءًۭ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًۭا﴿١﴾

“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”

Berdasarkan qalam Allah s.w.t tersebut, perkahwinan adalah merupakan satu akad yang mengikat hubungan di anatara lelaki dan perempuan yang dihalalkan oleh syarak dalam membentuk keluarga disertai dengan ijab dan qabul.

Pernikahan adalah merupakan satu tanda kekuasaan Allah s.w.t dan dapat mengelakkan daripadanya berlaku perkara-perkara fahishah (buruk) serta mempuk semangat kekeluargaan sekaligus membina ikatan dan hubungan di kalangan manusia. Di sampin itu juga, perkahwinan juga dapatmenjaga nasab (keturunan) daripada bercampur aduk dan membawa kepada permasalahan yang besar pada akan datang.

Para ulama berpendapat bahawa perkahwinan ini melalui pelbagai hukum mengikut keadaan, d mana :

1- wajib:  orang yang berkemampuan dan akut dirinya akan cenderung kepada kemaksiatan (zina);
2-harus : berkemampuan dan dapat mengawal dirinya daripada sebarang kemaksiatan ;
3-haram : apabila dia pasti bahawa dirinya akan memberi kemudharatan (kesusahan) terhadap pasangannya seperti mati pucuk, bertindak dan/atau berkelakuan zalim terhadap pasangan atau tidak mempunyi minat (kecenderungan) untuk bernikah.


INTERVIEW

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana kita masih dipanjangkan usia untuk terus berbakti pada agama.

Pada hari Isnin yang lepas 24 Januari 2014 , kami telah menemuduga beberapa orang 'candidate' untuk diterima masuk dalam firm ni as a chambering student. Para panelis yang mengendalikan sesi temuduga ialah Encik Roslizam Bin Rahim dan Puan Suria Wahida Binti Umar.
Setelah berbincang dan terus berbincang, alhamdulillah perbincangan tersebut menemui jawapan. Oleh itu, kami semua telah bersetuju dan sepakat untuk menerima masuk seorang lagi sebagai Pelatih dalam kamar di firma Nailah Ramli & Partners ini.

Dan sekarang ini, dia juga telah belajar pelbagai perkara. Yang seronoknya, dia juga dah buat macam-macam kerja as serve summon, jumpa client and so on..


Thursday, 27 February 2014

Nailah Ramli & Partners

بسم الله الرحمن الرحيم

      Dulu kami beroperasi di kawasan yang begitu riuh dan sesak, tetapi kini kami telah berhijrah ke Taman Setiawangsa, KL sejak Mei 2010. Firma ini telah ditubuhkan pada 05 Januari 2005 oleh dua (2) orang lawyer yang berkaliber iaitu Encik Roslizam Bin Rahim dan Puan Nailah Binti Ramli.

     Alhamdulillah, atas rezeki dan  kurnia serta rahmat Yang Illahi, firma ini masih berterusan sehingga ke hari ini. Kini, firma ini telah mempunyai empat (2) orang lawyer , yang mana dua (2) di antaranya mengendalikan pelbagai kes yang berkaitan dengan litigasi syariah dan dua (2) orang lagi lebih tertumpu kepada kes-kes sivil. Kami juga mempunyai dua (2) orang student cambering yang gigih menuntut ilmu.

     Di antara kes-kes litigasi Syariah adalah seperti :
       -Pengesahan Nikah
       -Perceraian : Fasakh, Ta'liq, Pengesahan Lafaz Perceraian, Perceraian di atas Persetujuan Bersama
       -Tuntutan Pasca Perceraian : Harta Sepencarian, Muta'ah, Nafkah Eddah, Nafkah Tertunggak dll
       -Tuntutan berkaitan dengan Anak : Nafkah anak, Hak Jagann dll
       -Hibah, Wakaf dll

    Manakala kes-kes sivil pula adalah seperti :
      -Conveyancing
      -Banking

   Kami juga merupakan Mediator yang bertauliah yang mendapat sijil pengiktirafan daripada Accord Group Australia..

  Sekian...